Wednesday, 16 March 2011

BICARA KALBU.....hikmah buat diri dan peringatan dariNya




Assalamualaikum wbt ....


Hidup ini kita akan berjumpa manusia yg pelbagai ragam ....ada kala kita tampak senang menilai keperibadian seseorang ...namun yg dinilai kdg-kdg dari sudut luaran ...adakala jua kita sukar menilai dan mungkin tersalah menilai ....Allah s.wt mengetahui di sebaliknya di dalam hati manusia apa yg dikerjakan ..Perihal org munafik telah tercatat di dalam sejarah islam lagi ...kepuraan mereka pada zaman Nabi Muhammad S.a.w  telah terbukti selepas pemerintahan zaman khalifah Saidina Abu bakar R.a ..dan jelasnya lagi orang-orang munafik juga telah memfitnah Siti Aishah isteri nabi ....ini jelas menunjukan fitnah yg disebarkan adalah menjatuhkan imej islam dan seterusnya memencahbelahkan perpaduan itu sendiri ...seperti kita ketahui kebanyakan Fitnah berlaku secara luar biasa ..dan menjadi kebiasaan ...dan kekerapan mengumpat,mencela adakala menjadi hobi bagi masyarakat islam.Di dalam Al-Quran itu sendiri golongan Munafik ini telah diberi peringatan keras terhadap perbuatan mereka .....mereka melakukan kejahatan dgn tangan mereka ....mereka menyembunyikan kejahatan dan menzahirkan kepura-puraan bagi menuntup kejahatan mereka ...Golongan munafik bukan berlaku kepada orang yang kurang mendapat ilmu pengetahuan tetapi juga golongan berilmu agama yg diuji Oleh Allah s.w.t .mereka bertopengkan ilmu yg dimiliki dihadapan manusia lain sedangkan kejahatan di sebaliknya ...Namun disini dapat dilihat ilmu itu tidak memberi kesan kpd iman untuk mencegah manusia dari melakukan kejahatan ...mungkin niat mereka yg menutut ilmu agama telah terkeluar dari pekara sebenar.

 Hal yang sama bagi manusia yg Hipokrit agak berbeza mengikut pandangan atau manhaj sesorang.Bagi saya hipokrit itu perlu untuk mengambil hati dalam sesuatu pekara bagi menjaga sstu perhubungan.Saya agak tertanya kepada masyarakat sekarang yg menafikan mereka tidak berhopikrit ...dalam kehidupan manusia ini sesekali kita terpaksa hipokrit jadi jangan berkata anda tidak suka orang yg hipokrit tanpa bertanya sebabnya ..walaupun alasan yg diberikan tidak muhasabah.Jadi anda fikirkan setiap orang yg melakukan sesuatu mempunyai sebab ...Dalam dunia ini tiada sesiapa yang mahu melakukan kejahatan namun keupayaan kita berjaya menundukan pasangan kita iaitu nafsu mampu menghindarkan kita melakukan kejahatan.Namun bagi yang melakukan kejahatan tiada jalan untuk berkrompomi haruslah kita mencegahnya bukan dgn menghentam dgn sesuka hati ..tetapi ambil pendekatan yang mampu menariknya ..nasihat sesuatu dgn memulakan perkataan yg baik ...perkataan yg baik juga adalah suatu doa buatnya ...Kerana perkatan negatif mampu menyebabkan mesej sstu tidak dapat disampaikan dgn baik ...Namun dalam pendekatan yg lain berbeza yang jenis tidak makan saman kadang-kadang bila diberi peringatan masih melakukan perkara yang sama ..haruslah bertegas dgn kerasnya ....Dan apa yang dilakukan dengan berdoa dan bertawakal kepadanya ....

Berbalik dgn golongan munafik Allah s.w.t. telah memberi peringatan keras buat mereka ....Jadi kembali kepada Jalan yg lurus .......semoga kita seorang yang benar mengamalkan dan mengikuti Islam yg sebenar ....
Jangan kerana Nama di Mata manusia sanggup kita menjadi pendukang kpd Agama kita sendiri ..Jangan kita sendiri menghancurkan agama di sebakan kejahatan dilakukan ...Biar kita hina di mata manusia dari kita  Hina di pandanganNYa ..jangan kita mencari keredhaan selain keredhaanNya....




No comments:

Post a Comment