Saturday, 4 December 2010

Ujian Tingkat Kematangan



Tiada manusia yang tidak akan diuji dengan tekanan.Sama ada di rumah,pejabat atau keluarga, tekanan tetap ada.Malah tekakan dianggap sebagai lumrah dalam perjuangan dan hidup manusia.Ujian itu mampu menjadikan manusia berfikir secara berhikmah disebalik Ujian yang berlaku.Namun penerimaan manusia terhadap Ujian dari Allah itu bergantung tahap keimanan .Ujian yang menimpa juga adalah untuk memperbahrui Iman kita dan mengilapkannya yang selama ini pudar.Mungkin juga Ujian adalah untuk mendekatkan manusia kepada pencipta yang rindu akan hambanya mendengar segala rintihan.Dalam menghadapi Ujian,kita sebagai manusia seharusnya berharap atau bergantung kepada Allah.Apabila kita buntu mencari jalan penyelesaian yang kita hadapi maka berbalik kepada Allah yang menciptakkanya.Dan perlu kita sentiasa bersangka baik kepada Allah dalam menghadapi ujian yang diberikan.Pohonlah kekuatan,kesabaran kepadaNya.Mungkin agak pahit pada permulan, tetapi sebagai manusia janganlah kita berkeluh kesah dengan UjianNya.Sebagai manusia yang dikurniakan kelebihan Akal haruslah menggunkannya sebagai jalan untuk kita mencari jalan keluar bagi setiap Ujian yang dilalui.Perlulah diingatkan usaha,doa,tawakal dan istiqamah itu penting.Dan bersyukurlah anda jika Ujian Allah itu datang kepada kita kerana kita ialah manusia terpilih dan Allah masing meningatkan dan sayang akan hamba-hambanya.Tindakan yang bakal kita ambil akan menentukan kematangan kita dalam menghadapinya.Jadikan Ayat Al-Quran sebagai penawar serta kekuatan pada diri sendiri.

Rasullulah juga telah memberikan penawar untuk menghadapi tekanan atau ujian melalui sabdanya yang bermaksud,
Seseungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu becana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapus satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi becana dan kesusahan tersebut.”
(Riwat al-Hakim)

Ingatlah,bahawa ujian selalu seiring dengan perjuangan.Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan iman,sabar dan istiqamah.Ujian dijadikan oleh Allah itu adalah untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaan-Nya adalah benar diikuti oleh perlakuan dan tidakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.Jujur dan ikhlaskah diri ini menyinta-Nya sepenuh hati
Ataukah sekadar bila di uji.

Umat islam akan diuji dengan lima pekara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya,orang munafik yang sentiasa membencinya,orang kafir yang sentiasa memeranginya,syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanan.Semua ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah.

Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana mengeluh akan membuatkan lemah semangat dan menerbitkan kecewaan serta putus asa.Sesesungguh sikap putus asa adalah sesuatu pekara yang dibenci oleh Allah sedangkan dalam mengahadapi ujian atau tekanan Allah telah berfirman yang bermaksud ,”Sesungguhnya tiap-tipa kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah:6)

Yang penting,sering sematkan dalam hati,tanpa masalah atau ujian tidak akan lahir kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru yang terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Kerana Lidah


Lisan atau lidah-anggota tubuh yang terpenting dan salah satu nikmat Allah yang wajib disyukuri.Dengan Lidah,manusia dapat bertutur dan berhubung sesama manusia (komunikasi),memberi arahan pada haiwan dan menzahirkan sesuatu dalam bentuk perkataan kepada Yang Esa.Namun kadangkala manusia terlupa untuk bersyukur dengan nikmat pemberiannya.Malah,menyalahgunakan serta mampu mewujudkan persengketaan akibat lidah dengan bertutur kata pekara yang menyakitkan hati insan lain.Lidah diumpamakan tidak bertulang dan mampu mengata kata nista dan berbohong secara halus terasa ringgan apabila menunturkannya.Kebanyakkan dosa manusia berpunca daripada keterlajuran mulut yang tidak kawal.Dan kebanyakkan penguni neraka ialah orang-orang yang tidak dapat menjaga lidah atau lisan dan menjaga kemaluan mereka.Kata orang,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan merana.

Rasullulah bersabda yang bermaksud,
Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi orang yang meninggalkan bagi orang yang meninggalkan perdebatan,meskipun dia benar.Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau.Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat yang paling tinggi di dalam syurga bagi orang mempunyai budi pekerti yang baik.” (Riwayat Abu Daud).

Percakapan juga seperti perbuatan melambangkan tahap keimanan seseorang.Kerana besarnya bencana berpunca daripada lidah.Rasullulah menganjurkan sesiapa yang tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata tidak baik,lebih baik ia mendiamkan diri.

Baginda bersabda yang bermaksud,
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,maka bercakaplah pekara yang baik atau mendiamkan diri.” (Riwayat Muslim dan Bukhairi)

Berdiam diri adalah cara paling mudah menyelamatkan diri daripada fitnah,mengumpat dan meluahkan perkataan yang tidak perlu seperti peringatan Rasullulah yang diriwayatkan oleh Ahmad,”Sesiapa yang diam,dia akan selamat.”

Beruntunglah orang yang dapat menjaga lidahnya sehingga menjadi lambang ketulusan budi dan pekertinya.Sesiapa yang sentiasa berkata benar dan disenangi orang lain,hidupnya dalam kesejahteraan dan kedamaian.

Bagaimana anda melihat diri sendiri ?



Bagaimana anda memberikan justifikasi terhadap nilai yang ada pada diri anda berdasarkan persepsi terhadap sesuatu seperti kemahiran,keupayaan,bakat dan penampilan .Adakah anda seorang yang sensitif terhadap kritikan dan maklum balas orang lain,lebih kritikal berbanding dengan orang lain atau berinteraksi keterlaluan terhadap pujian dan penghargaan ?Ataukah anda termasuk dalam kategori manusia yang percaya bahawa anda tidak popular dan tidak dihormati oleh orang lain,merasakan diri ini ditolak orang lain,sengaja tidak mahu menonjol apabila melakukan sesuatu,rasa terancam oleh orang yang lebih tinggi,rasa diri kalah sebelum bertarung dan menilai diri sendiri secara keseluruhan sebagai seorang inferior? Atau anda seorang yang merendah-rendahkan diri terhadap keupayaan diri anda??
Jika anda banyak menjawab 'ya' kepada apa yang diutarakan sebelum ini,maka anda harus :

  1. Meningkatkan self esteem.
  2. Mengenal pasti kekuatan.Senaraikan pekara yang anda mampu buat denga baik apabila anda rasa kecewa dengan diri sendiri.Bangga dengan apa yang anda lakukan.Cubalah pekara yang baru yang diminati dan mendapati ia ialah pekara yang boleh membina dan menambah kekuatan pada diri anda.
  3. Membaiki kelemahan diri sendiri.Ambil sesuatu yang anda ingin baiki tentang diri anda dan berusaha dengan mengambil langkah untuk membaikinya.Jangan melakukan perubahan besar secara mendadak,sebaliknya dengan memadainya melakukan satu atau dua perubahan dalam satu masa.
  4. Memberikan pujian pada diri sendiri.Terima pujian apabila ada yang menawarkannya.'Ampu' diri sendiri dalam diam.
  5. Mengurangkan stress/tekananan.Pelajari teknik rehat yang berbeza dan pratikkannya.
  6. Mulakan hobi yang baru seperti menulis,menyertai kelab/persatuan atau aktiviti yang meningkatkan self esteem dan keyakinan diri.
  7. Melakukan senaman atau riadah.Dengan senaman mampu melancarkan aliran darah dan meningkatkan padangan luaran anda terhadap sesuatu.Manakala riadah mampu memberikan keyakinan untuk berkomunikasi dalam pergaulan dengan diri sendiri serta melahirkan aliran positif dalam diri.
  8. Memberitahu atau meluahakan perasaan kepada kawan atau orang yang anda percayai.Meluahkan emosi anda jika anda marah,sedih,terluka,biarlah orang lain tahu.Atau meluahkan melalui tulisan di dalam diari atau jurnal .
  9. Mempotretkan imej yang positif .Sebenarnya apabila kita bercakap,berdiri dan bergerak akan mengirimkan mesej tertentu mengenai diri anda kepada orang lain,dan ini mempengaruhi imej diri anda.

Memperbaiki
Bagaimanakah cara untuk meperbaiki self esteem ?

  1. Buat keputusan untuk berubah.Niatkan perubahan itu dilakukan untuk tujuaan yang baik .
  2. Bercakap dengan diri sendiri.Bercakap pada diri mengenai pekara yang positif untuk meningkatkan perstasi dan membantu anda membina sikap serta memberikan keyakinan pada diri.Antaranya bercakap pada diri seperti 'saya boleh'.Ucapkanlah pekara positif kepada diri anda dengan bersemangat sekurang-kurangnya tiga kali sehari serta juga ucapan pujian pada diri.
  3. Paparkan imej yang positif.Jika anda berhadapan dengan situasi gementar,anda perlu mengambarkannya situasi itu didalam kepala dengan membayangkan anda sedang berusaha mengatasinya,dan akhirnya anda berjaya mengatasinya dan tersenyum terhadap pencapaian anda.
  4. Jangan bandingakan diri anda dengan orang lain.Hal ini kerana,kebanyakkan manusia lebih suka menghabiskan masa dengan membandingkan diri dengan orang lain.Apa yang perlu anda lakukan tanamkan dalam diri bahawa mempunyai kelebihan pada diri sendiri berbanding orang lain.Anda perlu menjadi diri sendiri dan anda mengenal siapa diri anda yang sebenarnya.Oleh itu,bergembiralah dengan keunikan diri sendiri.
  5. Letakkan diri anda dalam kerangka baru .Lihat sesuatu daripada perspektif berbeza.Jika anda berdepan dengan kegagalan itu,bukalah minda anda dan jangan terlalu fokus kepada kegagalan sebaliknya yakin ada hikmah terhadap ketentuan Allah yang mahu diberikan.
  6. Bina hubungan yang jujur dan tulus.Buat kawan dengan orang yang anda yakin akan memberi maklum balas yang baik dan jujur terhadap diri anda.
  7. Yang lepas biarkan ia berlalu yang mendatang hadapi dengan baik.Jangan terbelenggu dengan sejarah silam yang mungkin menyakitkan hati.Fokuskan pada masa depan .Pandang belakang untuk kenal pasti kelemahan dan jadikan kelemahan itu cara mengatasi kekurangan pada diri anda.
  8. Dapat sokongan serta pandangan profesional seperti kaunselor untuk kenal pasti bakat anda.
  9. Lakukan perubahan fizikal jika perlu,mungkin dari segi cara berpakaian,solekkan dan sebagainya.Buat 20 perubahan yang anda suka mengenai diri anda.
  10. Periksa semula perhubungan anda dengan orang lain.Buatlah perubahan komunikasi yang akan membantu anda membaiki apa yang kurang.

Positif Hadapi Kritikan



 Bergelar seseorang manusia,kita tidak dapat lari daripada menerima kritikakan sama ada positif atau negatif,dicaci dan dihina oleh insan lain.Mungkin kritikan yang positif diberikan kerana niat baik menegur diri untuk membaiki dan juga memberi nasihat kepda diri ini atau seseorang tidak selesa dengan sikap kita.Sebagai manusia biasa tidak lepas melakukan kesalahan dan kesilapan secara sengaja atau tidak sengaja. Oleh itu, manusia lain mampu menjadi cermin buat kita.Seharusnya kita bersangka baik kepada orang yang memberi kritikan kerana tanpa kirtikan yang membina mungkin kita tak mampu melihat kelemahan dan kekurangan dalam diri kita.Bagi manusia yang suka mencerca dan menghina sebenarnya mereka tidak merasa puas hati terhadap kelebihan orang lain.Dalam erti lain,orang yang menghina dan mencerca orang lain sebenarnya telah menghina diri sendiri dan menimbulkan persepsi negatif orang yang mendengarnya

Namun,sebagai manusia kita dikurniakan akal untuk mengimbangi dan menilainya secara positif dan tidak mengambil berat atau terlalu fokus apa yang dikatakan orang lain terhadap kita,kerana kita tidak mampu menuntup mulut manusia daripada bercakap.Mari kita lihat dari sudut yang lebih dalam jika manusia biasa di caci,di hina dengan kata-kata sedangkan Allah Yang Maha Pencipta,Maha hebat,Maha Pengasih pun dicerca orang yang tidak berakal inikan kita hanya manusia.

Di dalam meniti arus kehidupan ini kita akan melihat pelbagai kerenah dan ragam manusia.Kebanyakkan manusia lebih suka mencari kesalahan dan kesilapan orang lain tanpa menilai diri sendiri iaitu mencermin pada diri sendiri.Jika manusia sebegini yang suka mencari kesalahan dan kesilapan orang tetapi tidak mencerminkan dirinya orangnya mungkin sukar menerima kritikan.Oleh itu,dalam kehidupan kita selalu memberi,memperbaiki,mempengaruhi serta berusaha bagun setelah jatuh dan dalam usaha kita untuk bagun dengan semangat baru mungkin kita tidak terlepas menghadapi segala kritikan yang sinis,pedas dan menyakitkan.Mungkin juga tidak mustahil seseorang itu akan dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri ini kerana manusia atau masyarakat lebih kuat mengingati kejahatan atau keburukkan daripada kebaikan yang pernah dilakukan.Kritikan juga adakalanya mampu membina semangat atau juga menjatuhkan sesorang dan menjadikan kita kuat .Namun, semuanya terletak pada diri kita untuk menilai dan menerimanya.

Ingatlah,orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh.Mereka mungkin marah,sakit hati dan benci dengan kebaikan,ilmu,harta dan kejayaan kita.Jadi berwaspadalah apa yang mereka katakan.Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan negatif dan cemuhan.Jika hati kita terasa terusik,ini bererti kita telah membenarkan atau mengiyakan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita.Cara yang terbaik yang kita boleh lakukan ialah dengan terus menunjukan akhlak yang baik.Usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita.Ini kerana setiap kritikan yang negatif itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita.Berdiam diri itu lebih baik untuk memadamkan api yang sedang marak.


Katakanlah (wahai Muhammad):Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.” (Ali-Imran :119)

Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kepada mereka dan limpah kurnian-Nya.” (At-Taubah:74)


Sebaliknya,jika kritikan itu adalah mempunyai asas kebenaranya dan bersifat positif perlulah kita menerima dengan hati terbuka.Sesungguhnya masih anda insan lain yang sudi memberi kritikan positif buat anda.Cuba cari kebenaranya yang di katakan adakah kita seperti yang dimaksudkan? Jika “ya” anda perlu melakukan perubahan dan memperbaiki diri anda.

Oleh itu,lihatlah kritikan dalam sudut yang positif dalam mata hati kita...semoga kita dapat menjadi orang yang optimis dan mampu menjadi terbaik walaupun saat digugat oleh kritikan,cemuhan dan celaan orang lain