Bagaimana anda memberikan justifikasi terhadap nilai yang ada pada diri anda berdasarkan persepsi terhadap sesuatu seperti kemahiran,keupayaan,bakat dan penampilan .Adakah anda seorang yang sensitif terhadap kritikan dan maklum balas orang lain,lebih kritikal berbanding dengan orang lain atau berinteraksi keterlaluan terhadap pujian dan penghargaan ?Ataukah anda termasuk dalam kategori manusia yang percaya bahawa anda tidak popular dan tidak dihormati oleh orang lain,merasakan diri ini ditolak orang lain,sengaja tidak mahu menonjol apabila melakukan sesuatu,rasa terancam oleh orang yang lebih tinggi,rasa diri kalah sebelum bertarung dan menilai diri sendiri secara keseluruhan sebagai seorang inferior? Atau anda seorang yang merendah-rendahkan diri terhadap keupayaan diri anda??
Jika anda banyak menjawab 'ya' kepada apa yang diutarakan sebelum ini,maka anda harus :
- Meningkatkan self esteem.
- Mengenal pasti kekuatan.Senaraikan pekara yang anda mampu buat denga baik apabila anda rasa kecewa dengan diri sendiri.Bangga dengan apa yang anda lakukan.Cubalah pekara yang baru yang diminati dan mendapati ia ialah pekara yang boleh membina dan menambah kekuatan pada diri anda.
- Membaiki kelemahan diri sendiri.Ambil sesuatu yang anda ingin baiki tentang diri anda dan berusaha dengan mengambil langkah untuk membaikinya.Jangan melakukan perubahan besar secara mendadak,sebaliknya dengan memadainya melakukan satu atau dua perubahan dalam satu masa.
- Memberikan pujian pada diri sendiri.Terima pujian apabila ada yang menawarkannya.'Ampu' diri sendiri dalam diam.
- Mengurangkan stress/tekananan.Pelajari teknik rehat yang berbeza dan pratikkannya.
- Mulakan hobi yang baru seperti menulis,menyertai kelab/persatuan atau aktiviti yang meningkatkan self esteem dan keyakinan diri.
- Melakukan senaman atau riadah.Dengan senaman mampu melancarkan aliran darah dan meningkatkan padangan luaran anda terhadap sesuatu.Manakala riadah mampu memberikan keyakinan untuk berkomunikasi dalam pergaulan dengan diri sendiri serta melahirkan aliran positif dalam diri.
- Memberitahu atau meluahakan perasaan kepada kawan atau orang yang anda percayai.Meluahkan emosi anda jika anda marah,sedih,terluka,biarlah orang lain tahu.Atau meluahkan melalui tulisan di dalam diari atau jurnal .
- Mempotretkan imej yang positif .Sebenarnya apabila kita bercakap,berdiri dan bergerak akan mengirimkan mesej tertentu mengenai diri anda kepada orang lain,dan ini mempengaruhi imej diri anda.
Memperbaiki
Bagaimanakah cara untuk meperbaiki self esteem ?
- Buat keputusan untuk berubah.Niatkan perubahan itu dilakukan untuk tujuaan yang baik .
- Bercakap dengan diri sendiri.Bercakap pada diri mengenai pekara yang positif untuk meningkatkan perstasi dan membantu anda membina sikap serta memberikan keyakinan pada diri.Antaranya bercakap pada diri seperti 'saya boleh'.Ucapkanlah pekara positif kepada diri anda dengan bersemangat sekurang-kurangnya tiga kali sehari serta juga ucapan pujian pada diri.
- Paparkan imej yang positif.Jika anda berhadapan dengan situasi gementar,anda perlu mengambarkannya situasi itu didalam kepala dengan membayangkan anda sedang berusaha mengatasinya,dan akhirnya anda berjaya mengatasinya dan tersenyum terhadap pencapaian anda.
- Jangan bandingakan diri anda dengan orang lain.Hal ini kerana,kebanyakkan manusia lebih suka menghabiskan masa dengan membandingkan diri dengan orang lain.Apa yang perlu anda lakukan tanamkan dalam diri bahawa mempunyai kelebihan pada diri sendiri berbanding orang lain.Anda perlu menjadi diri sendiri dan anda mengenal siapa diri anda yang sebenarnya.Oleh itu,bergembiralah dengan keunikan diri sendiri.
- Letakkan diri anda dalam kerangka baru .Lihat sesuatu daripada perspektif berbeza.Jika anda berdepan dengan kegagalan itu,bukalah minda anda dan jangan terlalu fokus kepada kegagalan sebaliknya yakin ada hikmah terhadap ketentuan Allah yang mahu diberikan.
- Bina hubungan yang jujur dan tulus.Buat kawan dengan orang yang anda yakin akan memberi maklum balas yang baik dan jujur terhadap diri anda.
- Yang lepas biarkan ia berlalu yang mendatang hadapi dengan baik.Jangan terbelenggu dengan sejarah silam yang mungkin menyakitkan hati.Fokuskan pada masa depan .Pandang belakang untuk kenal pasti kelemahan dan jadikan kelemahan itu cara mengatasi kekurangan pada diri anda.
- Dapat sokongan serta pandangan profesional seperti kaunselor untuk kenal pasti bakat anda.
- Lakukan perubahan fizikal jika perlu,mungkin dari segi cara berpakaian,solekkan dan sebagainya.Buat 20 perubahan yang anda suka mengenai diri anda.
- Periksa semula perhubungan anda dengan orang lain.Buatlah perubahan komunikasi yang akan membantu anda membaiki apa yang kurang.

No comments:
Post a Comment