Lisan atau lidah-anggota tubuh yang terpenting dan salah satu nikmat Allah yang wajib disyukuri.Dengan Lidah,manusia dapat bertutur dan berhubung sesama manusia (komunikasi),memberi arahan pada haiwan dan menzahirkan sesuatu dalam bentuk perkataan kepada Yang Esa.Namun kadangkala manusia terlupa untuk bersyukur dengan nikmat pemberiannya.Malah,menyalahgunakan serta mampu mewujudkan persengketaan akibat lidah dengan bertutur kata pekara yang menyakitkan hati insan lain.Lidah diumpamakan tidak bertulang dan mampu mengata kata nista dan berbohong secara halus terasa ringgan apabila menunturkannya.Kebanyakkan dosa manusia berpunca daripada keterlajuran mulut yang tidak kawal.Dan kebanyakkan penguni neraka ialah orang-orang yang tidak dapat menjaga lidah atau lisan dan menjaga kemaluan mereka.Kata orang,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan merana.
Rasullulah bersabda yang bermaksud,
“Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi orang yang meninggalkan bagi orang yang meninggalkan perdebatan,meskipun dia benar.Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau.Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat yang paling tinggi di dalam syurga bagi orang mempunyai budi pekerti yang baik.” (Riwayat Abu Daud).
Percakapan juga seperti perbuatan melambangkan tahap keimanan seseorang.Kerana besarnya bencana berpunca daripada lidah.Rasullulah menganjurkan sesiapa yang tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata tidak baik,lebih baik ia mendiamkan diri.
Baginda bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,maka bercakaplah pekara yang baik atau mendiamkan diri.” (Riwayat Muslim dan Bukhairi)
Berdiam diri adalah cara paling mudah menyelamatkan diri daripada fitnah,mengumpat dan meluahkan perkataan yang tidak perlu seperti peringatan Rasullulah yang diriwayatkan oleh Ahmad,”Sesiapa yang diam,dia akan selamat.”
Beruntunglah orang yang dapat menjaga lidahnya sehingga menjadi lambang ketulusan budi dan pekertinya.Sesiapa yang sentiasa berkata benar dan disenangi orang lain,hidupnya dalam kesejahteraan dan kedamaian.

No comments:
Post a Comment